APA KATA HATI HARI INI



Friday, September 14, 2012

Kelahiran yang dinantikan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan Muhammad Al-Fateh Bin Abdullah Siddiq pada 20.08.2012 yang juga Hari Raya kedua tahun ini jam 1.39 petang 
di Hospital Serdang, Selangor. Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut bersama keluarga belah suami di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Pagi hari raya pertama kami sekeluarga sempat bersolat sunat Hari Raya di Masjid Besi, Putrajaya. Alhamdulillah, sempat saya menjamah ketupat, kuah kacang, masak lodeh daRn lain2 lauk hari raya sejak Ramadhan yang terakhir.

Balik dari solat sunat Hari Raya, saya dan suami mengambil keputusan untuk berehat di rumah (tak berjalan raya) memandangkan hari tersebut adalah genap minggu ke-40 saya hamil. Ahli keluarga yang lain berangkat ke Muar untuk sehari beraya. Jam 5 petang, Ab ajak saya ke KLCC, banyakkan berjalan untuk senang dan cepat bersalin katanya...balik dari KLCC sudah tiba waktu Maghrib...yang ke Muar pun dah sampai rumah. (Pesanan : Hari Raya pertama jangan jalan2 ke KLCC, sesak...ramai Bangla dan Indon).

Jam 11.30 malam, perut dah rasa tak sedap...keluar masuk bilik air. Makin lama sakit perut makin kerap dan pelik, belum pernah lagi saya sakit perut sebegini. Sakit dengan kekerapan 5 minit sekali tu berlarutan sehingga pukul 2 pagi. Sebelum tu Ab dah ajak ke hospital, saya yang degil memandangkan dah 2 kali saya ke hospital sebelum tu, tapi hanya sakit biasa. Akhirnya saya akur ke hospital (sebab dah tak larat dan sakit sangat).

Saya dimasukkan ke wad dengan bukaan 2 cm dan sakit untuk melahirkan dengan kekerapan 5 minit sekali. Ab dah call keluarga kami untuk maklumkan keadaan saya. Lebih kurang jam 4, 5 pagi doktor maklumkan bukaan dah 3cm dan memeranjatkan sebenarnya tiada air ketuban dikesan sedangkan saya tak alami sebarang aliran air ketuban yang pecah. Akhirnya Ab mengingatkan saya yang malam tadi sebenarnya, saya terlalu kerap ke bilik air untuk buang air kecil dengan kandungan air yang banyak...doktor sahkan bahawa air ketuban boleh keluar dengan cara itu.

Kemudian saya dibawa ke bilik bersalin...bukaan 3cm tadi masih lagi boleh dibantu untuk bersalin normal, ketiadaan air ketuban juga masih lagi boleh dibantu untuk bersalin normal...namun, ketika itu, jantung Fateh berdenyut secara tidak normal dan semakin lama semakin perlahan...akhirnya saya terpaksa dibedah.

Jam 1.39 petang, Fateh lahir...saya masih ingat sakit contraction yang saya alami, masih ingat Ab yang sentiasa ada di sisi walaupun ianya tidak dibenarkan oleh nurse, masih ingat denyutan jantung Fateh yang lemah, masih ingat setiap perkataan dan wajah doktor yang membuat pemeriksaan dan memutuskan untuk saya dibedah, saya ingat nurse yang banyak membantu, masih ingat wajah Ab sebelum saya dibawa ke bilik bedah, masih ingat keadaan di bilik bedah, keadaan dan rasa ketika saya menerima suntikan epidural dan yang paling saya ingat dan amat menggembirakan bila mendengar tangisan Fateh yang pertama. Betullah kata orang, kesemua kesakitan tadi hilang bila dengar tangisan bayi kita dan melihat wajahnya buat kali pertama. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

Sayang Ayah dan Ibu, Muhammad Al-Fateh Bin Abdullah Siddiq
Terima kasih Ab kerana sentiasa ada...tak pernah lekang dengan zikrullah, tak pernah lupa ingatkan saya kepada-Nya...saya amat menghargai awak...Terima kasih Mama, Abah, Ummi dan Ayah atas segala pertolongan dan sokongan. Terima kasih Ayot dan Memek kerana sentiasa ada dan sayangkan Fateh...Terima kasih semua ahli keluarga, jiran-jiran dan rakan taulan atas semua sokongan dan hadiah yang dikirimkan.

1 comment:

  1. Salam, sorry baru perasan komen awak kt blog saya tanya pasal CGC..anak saya dah besar takde masalah so far. Seronok dia dkt situ sbb banyak aktiviti. Tp untuk babies saya tak sure. babies kan kena lebih perhatian..kalau awak nak dtg tgk lagi pun boleh saya rasa. Just call owner dia Puan Siti tu k.

    ReplyDelete