APA KATA HATI HARI INI



Tuesday, November 9, 2010

Mi bandung Muar ....sedap!!!!

Ha ni nak cite lagi..pada 5/11/2010 hari tu, Ab ajak pergi jalan2..tak tahu lagi nak pergi mana..
tapi nak pergi jalan2..Pada hari kejadian masuk kete je Ab kata nak pergi Muar..terkejut la jugak sebab jauh..tapi takpelah pergi Muar naik highway 2 jam dah sampai kan.. tapi akhirnya Ab nak ikut jalan dalam
keluar exit Port Dickson..saja nak jalan2, lalu tepi pantai..tengok kampung, tengok rumah2 lama orang kampung katanya..singgah sarapan kat Melaka..kat Masjid Tanah rasanya..beli buah untuk famili pun kat Melaka...pastu masuk pula ke Bandar Hilir Melaka..lalulah kat Jonker Walk tu..tak turun pun dalam kereta je..akhirnya lebih kurang jam 2 petang sampailah ke Muar..so, semuanya 5 jam perjalanan ke Muar...

Setibanya di Muar terus makan Mi Bandung Muar..sedapnye..rasa udang keringnya..sotongnya..Mi Bandung Abu Bakar Hanipah..layanannya pun mesra..patutlah ramai orang datang makan kat situ..Mi Bandung makan jugak satay..sedap jugak..lepas makan Mi Bandung Muar bergerak untuk makan Asam Pedas Muar..tu pun sedap jugak..tapi kina makan ikan je..tak larat dah nak makan nasi dan lauk2 lain...singgah ke Masjid Sultan Abu Bakar...warna biru tepi laut..cantikkk..akhir sekali pergi minum kopi kat Bandar Muar..kopi 434..pekat sangat..belilah untuk Abah n Mama serbuk kopi 434..balik ke kl guna highway tau..2 jam dah sampai..Bila sampai rumah housemates semua dah balik kampung.Apalagi kina pun kemas barang sikit bersiaplah balik kampung..masa tu dalam pukul 9 malam sampai Tanjong Karang pukul 10.30 malam..

Jadi dalam masa satu hari ni KL--PD--Melaka--Muar--KL--Tanjong Karang...jadi semuanya 5 negeri dalam satu hari..perjalanan yang best..terima kasih Ab..

cuti sakit...

Dah 2 hari cuti sakit ni...masalah perut lagi.. tak taula perut ni kenape la sensitif sangat...
sepatutnya kalau sensitif mestilah jaga makan n kurus..tapi takde maknenye, gemuk jugak..
dah tak pegi kerja..bila pergi klinik kena ceramah pulak dengan doktor..sakit perut ni,
cakap sikit2 je la tak payahlah panjang lebar..tapi disebalik kesakitan dan kegeraman
kena ceramah, akhirnya doktor bagi juga mc..Alhamdulillah..kurang sikit sakit..
ingatkan pagi tadi boleh pergi kerja tapi sakit perut sangat plus + daripada pukul
12 malam tadi 5 kali pergi toilet..nampaknya cadangan untuk merekod apa yang dimakan
setiap hari bolehla diterima..dah sakitkan kenelah usaha untuk jaga kesihatan...

Wednesday, November 3, 2010

Hari ni hari rabu...

Mood this week suka nak balik awal...pukul 5 petang sharp dah ready nak balik..
rancangnya nak balik awal konon nak pergi jogging ke belajar masak ke..tapi bila dah kat rumah,
terus buka  tv.. apa lagi, menghadapla tv tu.. apa2 pun tiap2 hari mesti pasang niat balik
nak jog tau..kan nak kurusss

Tuesday, November 2, 2010

Seniman...

Hari ni, mood swing sikit..maybe sebab semalam tengok documentary P. Ramlee
yang menyedihkan..tak sangka seniman yang berbakat besar dan banyak memberi sumbangan
kepada negara, hidup dalam keadaan yang menyedihkan di akhir hayatnya..
Mungkin ada yang mengatakan apalah sumbangan P. Ramlee ni. setakat menyanyi, mengarah
dan buat filem..tapi bagi saya dia banyak memberi sumbangan kepada negara dengan cara
beliau sendiri..memperkenalkan negara, budaya dan musik melayu di luar negara..
cuba tanya diri sendiri apa sumbangan kita kepada negara? seni ni luas..tak semua seni dan hiburan
membawa sesuatu yang tidak baik kepada negara dan diri kita. Semuanya bergantung kepada cara kita
menggunakan seni itu.. sama ada dengan cara yang baik ataupun tidak..Kalau P. Ramlee sumbangannya
memang patut dikenang, memang patut diberi pengiktirafan berbanding dengan sesetengah artis yang diberi
pengiktirafan dan pangkat tanpa kita tahu apalah sumbangannya kepada negara..

Tiada yang sempurna dalam dunia ni..semuanya ada baik dan buruk cumanya sama ada kita
kurangkan yang buruk tu dengan kebaikan yang kita ada itu terserah kepada kita dengan cara kita sendiri...saya sayangkan agama saya, negara, bangsa dan budaya Melayu. Tak semestinya hari ini
kita sentiasa berada di atas dan tak semestinya kita sentiasa di bawah...Bersyukur dengan apa yang
ada..