APA KATA HATI HARI INI



Tuesday, November 9, 2010

Mi bandung Muar ....sedap!!!!

Ha ni nak cite lagi..pada 5/11/2010 hari tu, Ab ajak pergi jalan2..tak tahu lagi nak pergi mana..
tapi nak pergi jalan2..Pada hari kejadian masuk kete je Ab kata nak pergi Muar..terkejut la jugak sebab jauh..tapi takpelah pergi Muar naik highway 2 jam dah sampai kan.. tapi akhirnya Ab nak ikut jalan dalam
keluar exit Port Dickson..saja nak jalan2, lalu tepi pantai..tengok kampung, tengok rumah2 lama orang kampung katanya..singgah sarapan kat Melaka..kat Masjid Tanah rasanya..beli buah untuk famili pun kat Melaka...pastu masuk pula ke Bandar Hilir Melaka..lalulah kat Jonker Walk tu..tak turun pun dalam kereta je..akhirnya lebih kurang jam 2 petang sampailah ke Muar..so, semuanya 5 jam perjalanan ke Muar...

Setibanya di Muar terus makan Mi Bandung Muar..sedapnye..rasa udang keringnya..sotongnya..Mi Bandung Abu Bakar Hanipah..layanannya pun mesra..patutlah ramai orang datang makan kat situ..Mi Bandung makan jugak satay..sedap jugak..lepas makan Mi Bandung Muar bergerak untuk makan Asam Pedas Muar..tu pun sedap jugak..tapi kina makan ikan je..tak larat dah nak makan nasi dan lauk2 lain...singgah ke Masjid Sultan Abu Bakar...warna biru tepi laut..cantikkk..akhir sekali pergi minum kopi kat Bandar Muar..kopi 434..pekat sangat..belilah untuk Abah n Mama serbuk kopi 434..balik ke kl guna highway tau..2 jam dah sampai..Bila sampai rumah housemates semua dah balik kampung.Apalagi kina pun kemas barang sikit bersiaplah balik kampung..masa tu dalam pukul 9 malam sampai Tanjong Karang pukul 10.30 malam..

Jadi dalam masa satu hari ni KL--PD--Melaka--Muar--KL--Tanjong Karang...jadi semuanya 5 negeri dalam satu hari..perjalanan yang best..terima kasih Ab..

cuti sakit...

Dah 2 hari cuti sakit ni...masalah perut lagi.. tak taula perut ni kenape la sensitif sangat...
sepatutnya kalau sensitif mestilah jaga makan n kurus..tapi takde maknenye, gemuk jugak..
dah tak pegi kerja..bila pergi klinik kena ceramah pulak dengan doktor..sakit perut ni,
cakap sikit2 je la tak payahlah panjang lebar..tapi disebalik kesakitan dan kegeraman
kena ceramah, akhirnya doktor bagi juga mc..Alhamdulillah..kurang sikit sakit..
ingatkan pagi tadi boleh pergi kerja tapi sakit perut sangat plus + daripada pukul
12 malam tadi 5 kali pergi toilet..nampaknya cadangan untuk merekod apa yang dimakan
setiap hari bolehla diterima..dah sakitkan kenelah usaha untuk jaga kesihatan...

Wednesday, November 3, 2010

Hari ni hari rabu...

Mood this week suka nak balik awal...pukul 5 petang sharp dah ready nak balik..
rancangnya nak balik awal konon nak pergi jogging ke belajar masak ke..tapi bila dah kat rumah,
terus buka  tv.. apa lagi, menghadapla tv tu.. apa2 pun tiap2 hari mesti pasang niat balik
nak jog tau..kan nak kurusss

Tuesday, November 2, 2010

Seniman...

Hari ni, mood swing sikit..maybe sebab semalam tengok documentary P. Ramlee
yang menyedihkan..tak sangka seniman yang berbakat besar dan banyak memberi sumbangan
kepada negara, hidup dalam keadaan yang menyedihkan di akhir hayatnya..
Mungkin ada yang mengatakan apalah sumbangan P. Ramlee ni. setakat menyanyi, mengarah
dan buat filem..tapi bagi saya dia banyak memberi sumbangan kepada negara dengan cara
beliau sendiri..memperkenalkan negara, budaya dan musik melayu di luar negara..
cuba tanya diri sendiri apa sumbangan kita kepada negara? seni ni luas..tak semua seni dan hiburan
membawa sesuatu yang tidak baik kepada negara dan diri kita. Semuanya bergantung kepada cara kita
menggunakan seni itu.. sama ada dengan cara yang baik ataupun tidak..Kalau P. Ramlee sumbangannya
memang patut dikenang, memang patut diberi pengiktirafan berbanding dengan sesetengah artis yang diberi
pengiktirafan dan pangkat tanpa kita tahu apalah sumbangannya kepada negara..

Tiada yang sempurna dalam dunia ni..semuanya ada baik dan buruk cumanya sama ada kita
kurangkan yang buruk tu dengan kebaikan yang kita ada itu terserah kepada kita dengan cara kita sendiri...saya sayangkan agama saya, negara, bangsa dan budaya Melayu. Tak semestinya hari ini
kita sentiasa berada di atas dan tak semestinya kita sentiasa di bawah...Bersyukur dengan apa yang
ada..

Wednesday, October 20, 2010

Hati kata..

Hari ni hati kata dia ok..belum ada apa-apa lagi yang buat dia tak ok...
Semalam hati kata dia seronok shopping barang untuk ayot..ayot dah nak bertunang..
kesian dia kena tunggu kakak dia yang lambat ni..
Hati kata dia suka pergi romantika n kk deco..tambah2 lagi bila dah ada member card..
memanglah seronok ada member card sebab harganya berbeza sungguh..
nasib baik ayot bagi pinjam..nak dapat sendiri susah (takde duit sebenarnya)..

Monday, October 18, 2010

tiba2 rajin nak update blog

dah lama sangat tak update blog ni..dulu berkobar2 sangat..kali terakhir
27 Ramadhan dulu..so, belum cerita lagi la pasal raya kan..tapi kalau nak cerita pasal raya,
cerita tu dah lama la..yang penting raya tahun ni kina n family memang beraya sungguh2..
raya sana, raya sini..best sebab masa ni la nak pergi rumah sedara mara dan makan macam2..

Sekarang dah kena start fikir dan cerita mengenai persiapan perkahwinan..InsyaAllah
bulan 5/2011..langkah pertama ialah kirim baju kain lace dari bandung dengan kak fara..warna silver grey..
other than that masih lagi tengah berfikir..dah start cari quotation untuk pakej perkahwinan kat
tanjong karang..dah start survey kasut n handbag..konon nak beg braun buffel..tak tahu la berjaya ke tak...

Wednesday, September 8, 2010

Rabu 27 Ramadhan

Malam ni buka puasa dengan mie..tu pun kol 11 mlm nanti mie
dah naik bas balik kampung..jadi sorang2 la menunggu detik syawal..
esok hari khamis i.e sehari sebelum raya barulah saya balik kampung..
mama tegur juga sebab sepatutnya tolong dia masak..nak buat mcm mana puan
sri..saya kerja..takpe2 nanti sy cuti seminggu ye..

aida ari selasa lg dah balik kampung..mun pulak pagi td balik raub..
Ab pun balik ipoh pagi td..

sebenarnya biasalah kerja kat PA ni kena berkorban sikit..cuti kena gilir2..
tu pun ada orang bising2 cakap kerja gomen tak bagus..tak semua tau..
ramai je yg kena berkorban demi negara, bangsa dan Agama.

Wednesday, September 1, 2010

cuti lagi...

Hari isnin yg lalu saya memang bercuti sebab selasa pun memang cuti merdeka..
isnin di rumah dengan ila je..mama, abah dan ima bekerja..
lepas tu, kami pergi Jusco Bukit Raja..ada banyak sale..tp entahlah bila
dah berkenan tak jadi pulak nak beli..lepas tu menyesal tak beli..

Hari selasa pula, dari pagi sampai malam diserang gastrik..pagi-pagi lagi
dalam pukul 8 dah pergi ke hospital seba sakit perut yang amat sangat..
memang saya dah mengerekot dan mengerang kesakitan..sampai hospital
dia bagi injection dan ubat..tak ada pun buat pemeriksaan perut ke..apa-apa test..
stetoskop pun tak guna langsung..sentuh pun tak..buat sementara, sakit pun kurang sikit.
Lepas tu, dalam pukul 11, sakit tu datang lagi. menyucuk-nyucuk..sekali lagi
mengerang kesakitan. pergi toilet adalah dalam 10 kali kot.

Tak tahan sangat pergi pula ke klinik. Doktor siap buat scan - sah gastrik. Angin yg terlalu
banyak ada dalam perut. Lepas tu doktor bagi ubat..saya sempat minta mc..memang dah tak
larat sangat dah nak balik KL. Dengan sakit perut yang teruk dan dalam lebih 10 kali pergi ke toilet.

Untuk hari ni, setakat pagi ini..perut sakit lagi tapi tak lah seperti semalam. Hari ni dah kurang..pergi
toilet pun dah kurang..setakat hantar mama ke klinik gigi tu boleh rasanya..
anyway, saya dah lama tak rasa sakit perut macam ni..saya memang selalu sakit perut dan
kena diarrhea..tapi semalam memang teruk sangat..

Hati tak best sebab terpaksa mc..hari ni ada meeting jamuan raya dan sambung bicara
pembelaan..tangguh kes sebab majistret mc..serba salah rasanye..kesian sue
sebab kena pergi meeting..sory sue sebab akak memang dah tak larat..

Sunday, August 29, 2010

bercuti kat kampung...bestnyeeeeeee

balik kampung di tanjung karang dari jumaat malam sabtu sampai selasa
minggu depan...seronoknye duduk rumah..dahla nak raya..
jangan ingat nak tolong mama buat kuih raya tau tapi temankan mama beli kueh raya
adela..semalam tolong mama buat kerepek pisang..senang je tp banyak kan, setandan
pisang..penatla sikit.apa-apa pun seronok dan puas hati bila dah siap..terima kasih mama.

Friday, August 27, 2010

Cheng Ho Mie

Malam td mie belanja makan kat cheng hoooo,wangsa maju..
sedapnyee..ade mkn terlebih, tak larat nak habiskan terus
tapau balik rumah untuk sahur..kami order ikan siakap,
udang sweet n spicy dan tomyam..yg paling best kami n
sebuah keluarga lain kat situ sebab kami pergi lepas maghrib..
tak ramai orang..tp ala carte tak banyak yg tinggal...so, beria la order
air karisma la pawana la tp tak ada..last2 minum jus..boleh la tahan sedapnya..
semalam buka puasa dengan Ab kat pizza hut wangsa maju..
yg paling sedap rasenye..air mango tango smoothie..sedapnyeeeee

Tuesday, August 24, 2010

masak kari sodap!!

Hari Selasa ni, kehidupan seperti biasa...
yang paling best berbuka puasa ngan kawan2 rumah..
masak kari tau, first time masak kari walaupun menempel2 je..
sedap!!!!pandai mun ngan aida masak.
kerja ada banyak tertangguh lagi...banyak giler..semuanya perlukan
mood untuk merangka dan menulis..
hari ni nak mintak cuti hari isnin, hari sabtu cadang nak pergi jalan TAR,
hari ahad cadang nak pergi pasar tani shah alam..banyak la cadangannya,
tak tahu la jadi ke tak..harap2 jadi..

Hari tu bincang ngan abah nak kenduri 28/5/2011..tp abah kata kena
bincang ngan orang2 taman dulu..sebab diorang yg nak rewang..
OK BOSS!!!

Monday, August 23, 2010

sedap!!!

masak lemak ayam kukus mama memang sedap..
abah pun puji..sebab dalam 27 tahun ni, mama baru first time buat..
hebat, hebat

Sunday, August 22, 2010

masak lemak ayam kukus mama

pagi ni belajar masak ngan mama..resepi inovasi mama..nama jawanya..Geneman.
nampak macam senang..tak tahulah kalau buat sendiri..
bahan2 - bawang merah (kena banyak adalah dalam 1/2 kilo)
               bawang putih pun kena banyak
               halia pun kena ada..tp tak banyak sangat macam bawang
               ayam seekor
               cili api pun kena banyak dalam RM2
               santan pekat
               daun pisang

cara2- rebus air dalam bekas kukus dulu..sementara tunggu mendidih..
potong bawang merah, bawang putih, halia, siang cili api (tak payah potong)..
masukkan ayam, santan pekat, bawang2 yg dah potong, halia ngan cili2 api td
pastu gaul n letak garam dan ajinomoto...
garam adalah dalam 3 sudu (kena rasa masin ke tak)..
pastu layurkan daun pisang...
step seterusnya ada 2 cara..
1.  ambil seketul atau 2 ketul ayam yg digaul td bungkus dalam daun pisang
kuah santan td masukkan sekali, bawang n halia n cili td masukkan sekali.
pastu bungkus ngan daun pisang, letak dalam bekas kukus untuk dikukus.
kenalah bungkus banyak kali untuk habiskan semua ayam2 yg dah digaul td.

atau;
2.  letak daun pisang elok2 dalam periuk pastu masukkan semua semua yg dah
digaul td dalam periuk. pastu masukkan dengan periuk tu sekali dalam bekas kukus

pilihlah mana2 cara pun sebab cara yg pertama mama berjaya buat 2 bungkus je
yg lebihnya guna cara kedua tu. Hasilnya tak tahu lg sebab kena kukus dalam
2/3 jam.dah siap nanti saya sambung ye..
          
         

Berbuka puasa dgn mama dan ayot

malam td berbuka dengan ayot n mama di petaling jaya..
bersama-sama dgn kakitangan n pelajar2 yayasan selangor..
ramai giler orang..
niat pergi sana sebab nak temankan mama..so, bagusla niatnya..
pasal makan, tak best sangat sebab makan berebut-rebut..
rasa tak elok pulak kalau nak berebut2 jugak..bulan puasa kan..
kat pakistan tu sampai bergaduh2 nak makan takkan la kat Malaysia ni
pun nak bertolak2 sebab makan cukup..akhir sekali ayot cakap
"takpe kak in setakat satay esok aku beli banyak2.."
dapatla mkn nasi lauk masak kurma, ikan goreng..sampai je kat umah
jam 12 malam tu, mkn sup ceker mama masak + pisang + pelam+cupcake
coklat yg memek beli..puashati..

Saturday, August 21, 2010

Berbuka puasa dgn housemates yang disayangi

Malam tadi berbuka puasa bersama-sama housemates
di Ampang Waterfront..pergi sana lepas Maghrib...
seronok sangat keluar ngan kawan-kawan..ni first time buka puasa kat luar
dgn diorang sempena Ramadhan tahun ni..selalu masak kat rumah
(diorang memang rajin memasak)...
Kat situ ok..tp tolonglah jangan beli asam laksa dia..manis sungguh..
tp servis dia bagus..saya tak lalu nak makan laksa tu..staf kat situ tukar yang lain
(tp manis jugak)..mee curry ok jugak..nasi bajaori kot yg mie pesan
sedap jugak..bolehlah kalau nak datang lagi..yg paling best rasanya
ice blended strawberry yg aida pesan..ada aiskrim tau...
hari ni balik kampung..tak sabar tunggu esok balik ampang sebab
nak tengok almari baru aida..
next week kita keluar lg ye..

Thursday, August 19, 2010

Khamis

untuk hari khamis ni, busy ckit sebab terkejar2...dari level 1 ke B1...
lepas tu ke level 1 balik...lepas tu ke level 2..busy ckit tp hepy..sebab
banyak belajar walaupun mcm takut ckit..mudah2an ilmu yang dipelajari
tu, diberkati dan kenalah ingat.. hati kata untuk hari ni, dia ok

Berbuka puasa di Wangsa Maju

Semalam on Wednesday pergi berbuka puasa dgn Ab..
berbuka di Wangsa Maju, Restoran Mohd Chan Abdullah..
Chinese Muslim food..banyak yg di order;
sotong goreng, udang goreng mentega, ying hong mee, kang kung goreng belacan,
wantan goreng, ayam goreng masak siam kot (tak tau namenye)..
yang paling menyelerakan ialah ayam goreng yang tak tau nama tu..
udang goreng tu pun sodap..ada orang belanja sedaplaaaaa...
terima kasih tau.

Wednesday, August 18, 2010

Rindu pada siang

Rindu pada siang datang lagi..
malam ni taklah kelam sangat..
siang pulak tak tahulah cerah atau hujan..
dah lama siang tak kirim khabar berita..
cuma syukur kepadaNya yang siang ada dan malam pun ada

Tuesday, August 17, 2010

Malam ni lain

Malam rasanya kelam, gelap..
Selalunya malam tak macam ni..ada cahaya bulan..
mungkin sebab hujan..kenapa hujan?
mungkin ujian, mungkin rahmat..
esok hujan lagi ke?

Monday, August 16, 2010

setakat jam ni

Ahad yang busy...sebab kat kg
balik kg dah tengahari..rehat sekejap terus tolong mama sayang
masak untuk buke sebab family cik ros and cik tam
berbuke same2..
mlm pukul 10.30 baru sampai umah ampang...
untuk hari ahad yg best ialah balik kg n buka puasa bersama keluarga..
best!!!!!!seronok sebab ngan family..dah lama tak mkn ramai2 macam ni..

untuk hari isnin..part heard kurg satu kes..so, tinggal 4 cases lg..
setakat ni itu sahaja lah..yg lain keje banyak tak siap lagi..
berusahalah!!!!!! untuk Ab pun..n frens

Saturday, August 14, 2010

Pagi hari di tanjong karang..
Hepy sangat jumpa family, berbuka puasa n bersahur sama...
petang ni balik kg pulak ke bagan datok..jumpa atok n opah..

Hati hari ni kata dia ok..
Hati kata lupakan pasal kerja, masalah kat office..
hati kata lagi, Allah Maha Adil, Maha Besar, Maha Mengetahui...
jadi hati kata sakinah kena banyak sabar, banyak redha, banyak zikr..
sebab segala yang jadi mesti ada sebab dan rahmat...kalau tak nampak
sekarang..esok lusa mesti ada..
Saya bersyukur dengan apa yang ada..

Friday, August 13, 2010

Balik buka puasa

Hari ni dah 3 Ramadhan,

Hari ni jugak nak balik kampung kat tanjong karang, sel.
Hari pertama berbuka puasa ngan mama, abah, ayot n memek tahun ni..
akan drive balik rumah dengan berhati2 (kalau tak ada orang marah)...

Buat mun n aida yang pegi Singapore...
selamat menikmati percutian (yang mane macam biase aku yang tak pegi)...

mood hari ni ok, hepy..sebab nak balik kg..
Buat Ab...enjoy your weekend n selamat reman

Thursday, August 12, 2010

Lewat malam

Lewat malam ini...
Hati lain...mungkin sebab siang..
Siang tadi rasanya penuh cekal...cekal hadapi ujian.
tapi tak semua..ada yang tercicir
ada yang ternadah..macam mana dengan esok..
mengharapkan yang sempurna dan buat dengan sempurna

Wednesday, August 11, 2010

Hari ni saya berpuasa

Selamat datang bulan Ramadhan...
Ramadhan tahun ni lain sikit kot..mungkin sebab insyaAllah tahun
depan dah tukar status... untuk Ramadhan tahun ni, ingin saya
luangkan masa sepenuhnya bersama rakan-rakan..sebut je kat mane
kite pegi ye..kalau kat rumah je pun takpe...boleh masak sama-sama..
belajar masak ngan korang...

Persiapan kahwin pun dah kena fikir... sikit-sikit je dulu sebab Ramadhan
ni kena nikmati sungguh-sungguh

Setakat ni..pilih warna tema, warna baju pun belum lepas lagi...dark brown,
royal blue, pink+light green, light pink+silver,grey, light green+baby blue ...
kena pasti n cari betul-betul..takut nanti jadi macam bertunang hari tu...
lain yang dicari, lain yang dibeli...tapi Alhandulillah semuanya cantik dan
puas hati...kepada mereka yang disayangi; my family, Ab, my housemates n
colleagues...terima kasih

Tuesday, August 10, 2010

Holiday :(

Dulu Cherating, Melaka, Tanjung Piai, Sabah (rasenya ade yg tertinggal
sebut kat sini)...n insyaAllah next year ke Langkawi.. sedih tak dapat join
korang ke Hong Kong (ke Krabi ke Bali...macam Hong Kong je)..

Sedih sangat...apa-apa pun kepada housemates yang amat disayangi Aida, Mun n Mie..
selamat bercuti tau!!!

Monday, August 9, 2010

Hari ni

Tunggu dari jam 9 a.m hingga 4.15 p.m hari ini dengan perasaan kecut perut..
tak senang duduk..untung ada rakan-rakan opis dan Ab untuk meluahkan rasa,
memberi sokongan dan sempat mengalihkan perhatian... 
hari ni macam terlepas..esok-esok mesti kena..
bersyukur dan saya hargai dengan semua yg saya ada

First Posting

Kalau dengan merangkak aku mampu pergi,
maka dengan merangkaklah aku pergi...
kalau dengan berjalan aku mampu pergi,
maka berjalanlah aku untuk pergi...
kalau dengan berlari itu aku mampu pergi,
maka berlarilah aku...
tidak mengharapkan sebaliknya,
yang pasti dengan mampu itulah aku pergi