APA KATA HATI HARI INI



Wednesday, December 26, 2012

Kelas penyusuan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hingga ke saat post ini ditulis, saya masih lagi menyusukan Fateh sepenuhnya 4 bulan 6 hari. Oleh yang demikian bagi saya, saya perlu menghadiri kelas ataupun apa-apa program yang boleh memberikan motivasi kepada saya agar sentiasa bersemangat dan konsisten dalam proses penyusuan ini.  

15/12/2012 lepas, saya menghadiri kelas penyusuan bagi ibu-ibu yang bekerja. Kelas penyusuan ni anjuran susuibu.com dan ianya diadakan di Seri Kembangan. Dekat je dengan rumah. Ramai juga yang hadir, kesemuanya adalah dalam 10 orang. Alhamdulillah banyak yang saya belajar. Selama ni ilmu tentang penyusuan dan penyimpanan stok susu saya dapat dari mama, umi, internet dan kawan2. Alhamdulillah banyak kekeliruan dan masalah dalam proses penyusuan ni dapat diterangkan, dijelaskan dan diselesaikan melalui kelas ni. Dalam kelas ni juga saya dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama ibu-ibu yang lain. 

Alamak...bila baca balik post ni rasa macam dah tua. Yelah 22 Disember 2012 yang lalu adalah hari lahir saya yang terakhir untuk umur 20-an. Tahun depan dah masuk hari lahir umur yang 30-an. Alhamdulillah ke atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya sehingga  ke usia ni dan saya sentiasa berdoa agar hidup saya dan keluarga sentiasa dalam keberkatan yang Maha Esa. Terima kasih Ab di atas ingatan dan kek yang dihadiahkan...sedap sangat.


-blog adjourned-

Thursday, December 6, 2012

Fateh yang sentiasa sihat, ramah dan cumelll

Sayyangggggg....
That is always the first word comes from my mouth each time I fetch Fateh from his nursery. I love him so much...mana taknya, anak...kita yang mengandungkan dia juga yang lahirkan dia dengan izin Allah.
Fateh sekarang dah 3 bulan setengah. Dalam 3 bulan ni, dah dapat rasa macam mana mama sendiri sayangkan diri ini yang tak berapa nak baik ni. Jadi, bagi saya bila dah ada anak sendiri, ianya satu tanda dan kejadian yang konsisten untuk saya sentiasa muhasabah diri sendiri. Lebih faham, lebih insaf, lebih berusaha untuk jaga hati dan berbakti pada Mama, Abah, Umi dan Ayah.

Hampir sebulan Fateh tak berapa nak sihat sangat...selsema dan batuk berkahak. But I always set in my mind a positive thought so that a positive action and aura are always overwhelming the house and people live in. Baby bila tak sihat memang kesian dan merisaukan. Tapi ibu mestilah sentiasa cool dan tak cepat panik. Banyak perkara yang saya belajar dan banyak lagi perkara yang akan saya belajar sepanjang hidup ini. Things happened with a lesson and wisdom. Alhamdulillah Fateh makin sihat, kuat, gagah dan cumelll selalu.

Senyum-senyum selalu sayang

Fateh yang ramah melayan tetamu semasa Majlis Aqiqahnya.
Dah besar dah anak ibu.

-blog adjopurned-