APA KATA HATI HARI INI



Thursday, May 29, 2014

Happy Anniversary

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam 28 Mei 2014 genaplah usia 3 tahun perkahwinan kami. Terima kasih buat Ab di atas kasih sayang, perhatian, kepercayaan dan segalanya yang Ab curahkan kepada saya dan fateh. Saya sentiasa berdoa agar kasih sayang kita berdua dan sekeluarga kekal hingga di syurga Allah nanti. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, atas jodoh, kesihatan dan rezeki yang Kau kurniakan kepada kami. Terima kasih Ab...

4/6/2011 semasa persandingan di kediaman keluarga sebelah Ab di Ipoh



Kami sekarang

Sunday, March 23, 2014

It has been almost 2 years i didnt write in this blog. which it is actually as a medium for me to sharpened my writing skills.

Dan pastinya cerita entry hari ini ialah mengenai cinta hati saya muhammad al fateh. Fateh dah pun setahun 7 bulan sekarang. Dah besar dah anak ibu.

I am now at tg karang general hospital. Fateh is hospitalized for diarrehea. Sedih rasa hati melihat keadaan anak yg tidak sihat. Fateh sentiasa ingin dipeluk dan dimanja. Suhu badannya pun tidak menentu. At 11 pm suhu badannya naik 39.

Lagi sedih hati saya apabila sudah 3 kali sample darahnya diambil. Bila fateh menangis saya pun turut menangis. Penat saya berfikir apakah punca cirit birit dan muntah terjadi. Namun saya menemui jalan buntu. Alhamdulillah S tetap cool dan bertenang. At 4.20 am fateh is getting better and i hope that he will be discharged soon.



Wednesday, December 26, 2012

Kelas penyusuan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hingga ke saat post ini ditulis, saya masih lagi menyusukan Fateh sepenuhnya 4 bulan 6 hari. Oleh yang demikian bagi saya, saya perlu menghadiri kelas ataupun apa-apa program yang boleh memberikan motivasi kepada saya agar sentiasa bersemangat dan konsisten dalam proses penyusuan ini.  

15/12/2012 lepas, saya menghadiri kelas penyusuan bagi ibu-ibu yang bekerja. Kelas penyusuan ni anjuran susuibu.com dan ianya diadakan di Seri Kembangan. Dekat je dengan rumah. Ramai juga yang hadir, kesemuanya adalah dalam 10 orang. Alhamdulillah banyak yang saya belajar. Selama ni ilmu tentang penyusuan dan penyimpanan stok susu saya dapat dari mama, umi, internet dan kawan2. Alhamdulillah banyak kekeliruan dan masalah dalam proses penyusuan ni dapat diterangkan, dijelaskan dan diselesaikan melalui kelas ni. Dalam kelas ni juga saya dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama ibu-ibu yang lain. 

Alamak...bila baca balik post ni rasa macam dah tua. Yelah 22 Disember 2012 yang lalu adalah hari lahir saya yang terakhir untuk umur 20-an. Tahun depan dah masuk hari lahir umur yang 30-an. Alhamdulillah ke atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya sehingga  ke usia ni dan saya sentiasa berdoa agar hidup saya dan keluarga sentiasa dalam keberkatan yang Maha Esa. Terima kasih Ab di atas ingatan dan kek yang dihadiahkan...sedap sangat.


-blog adjourned-

Thursday, December 6, 2012

Fateh yang sentiasa sihat, ramah dan cumelll

Sayyangggggg....
That is always the first word comes from my mouth each time I fetch Fateh from his nursery. I love him so much...mana taknya, anak...kita yang mengandungkan dia juga yang lahirkan dia dengan izin Allah.
Fateh sekarang dah 3 bulan setengah. Dalam 3 bulan ni, dah dapat rasa macam mana mama sendiri sayangkan diri ini yang tak berapa nak baik ni. Jadi, bagi saya bila dah ada anak sendiri, ianya satu tanda dan kejadian yang konsisten untuk saya sentiasa muhasabah diri sendiri. Lebih faham, lebih insaf, lebih berusaha untuk jaga hati dan berbakti pada Mama, Abah, Umi dan Ayah.

Hampir sebulan Fateh tak berapa nak sihat sangat...selsema dan batuk berkahak. But I always set in my mind a positive thought so that a positive action and aura are always overwhelming the house and people live in. Baby bila tak sihat memang kesian dan merisaukan. Tapi ibu mestilah sentiasa cool dan tak cepat panik. Banyak perkara yang saya belajar dan banyak lagi perkara yang akan saya belajar sepanjang hidup ini. Things happened with a lesson and wisdom. Alhamdulillah Fateh makin sihat, kuat, gagah dan cumelll selalu.

Senyum-senyum selalu sayang

Fateh yang ramah melayan tetamu semasa Majlis Aqiqahnya.
Dah besar dah anak ibu.

-blog adjopurned-



Friday, September 14, 2012

Kelahiran yang dinantikan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan Muhammad Al-Fateh Bin Abdullah Siddiq pada 20.08.2012 yang juga Hari Raya kedua tahun ini jam 1.39 petang 
di Hospital Serdang, Selangor. Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut bersama keluarga belah suami di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Pagi hari raya pertama kami sekeluarga sempat bersolat sunat Hari Raya di Masjid Besi, Putrajaya. Alhamdulillah, sempat saya menjamah ketupat, kuah kacang, masak lodeh daRn lain2 lauk hari raya sejak Ramadhan yang terakhir.

Balik dari solat sunat Hari Raya, saya dan suami mengambil keputusan untuk berehat di rumah (tak berjalan raya) memandangkan hari tersebut adalah genap minggu ke-40 saya hamil. Ahli keluarga yang lain berangkat ke Muar untuk sehari beraya. Jam 5 petang, Ab ajak saya ke KLCC, banyakkan berjalan untuk senang dan cepat bersalin katanya...balik dari KLCC sudah tiba waktu Maghrib...yang ke Muar pun dah sampai rumah. (Pesanan : Hari Raya pertama jangan jalan2 ke KLCC, sesak...ramai Bangla dan Indon).

Jam 11.30 malam, perut dah rasa tak sedap...keluar masuk bilik air. Makin lama sakit perut makin kerap dan pelik, belum pernah lagi saya sakit perut sebegini. Sakit dengan kekerapan 5 minit sekali tu berlarutan sehingga pukul 2 pagi. Sebelum tu Ab dah ajak ke hospital, saya yang degil memandangkan dah 2 kali saya ke hospital sebelum tu, tapi hanya sakit biasa. Akhirnya saya akur ke hospital (sebab dah tak larat dan sakit sangat).

Saya dimasukkan ke wad dengan bukaan 2 cm dan sakit untuk melahirkan dengan kekerapan 5 minit sekali. Ab dah call keluarga kami untuk maklumkan keadaan saya. Lebih kurang jam 4, 5 pagi doktor maklumkan bukaan dah 3cm dan memeranjatkan sebenarnya tiada air ketuban dikesan sedangkan saya tak alami sebarang aliran air ketuban yang pecah. Akhirnya Ab mengingatkan saya yang malam tadi sebenarnya, saya terlalu kerap ke bilik air untuk buang air kecil dengan kandungan air yang banyak...doktor sahkan bahawa air ketuban boleh keluar dengan cara itu.

Kemudian saya dibawa ke bilik bersalin...bukaan 3cm tadi masih lagi boleh dibantu untuk bersalin normal, ketiadaan air ketuban juga masih lagi boleh dibantu untuk bersalin normal...namun, ketika itu, jantung Fateh berdenyut secara tidak normal dan semakin lama semakin perlahan...akhirnya saya terpaksa dibedah.

Jam 1.39 petang, Fateh lahir...saya masih ingat sakit contraction yang saya alami, masih ingat Ab yang sentiasa ada di sisi walaupun ianya tidak dibenarkan oleh nurse, masih ingat denyutan jantung Fateh yang lemah, masih ingat setiap perkataan dan wajah doktor yang membuat pemeriksaan dan memutuskan untuk saya dibedah, saya ingat nurse yang banyak membantu, masih ingat wajah Ab sebelum saya dibawa ke bilik bedah, masih ingat keadaan di bilik bedah, keadaan dan rasa ketika saya menerima suntikan epidural dan yang paling saya ingat dan amat menggembirakan bila mendengar tangisan Fateh yang pertama. Betullah kata orang, kesemua kesakitan tadi hilang bila dengar tangisan bayi kita dan melihat wajahnya buat kali pertama. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

Sayang Ayah dan Ibu, Muhammad Al-Fateh Bin Abdullah Siddiq
Terima kasih Ab kerana sentiasa ada...tak pernah lekang dengan zikrullah, tak pernah lupa ingatkan saya kepada-Nya...saya amat menghargai awak...Terima kasih Mama, Abah, Ummi dan Ayah atas segala pertolongan dan sokongan. Terima kasih Ayot dan Memek kerana sentiasa ada dan sayangkan Fateh...Terima kasih semua ahli keluarga, jiran-jiran dan rakan taulan atas semua sokongan dan hadiah yang dikirimkan.

Sunday, July 29, 2012

Sunan Musafir


Mie dan Mun, dah baca ke Buku Sunan Musafir ni?


Cover

Novel terakhir kronologi Kisah Laksamana Sunan. Akhirnya habis jugak...Best...

-blog adjourned- 

Forum Membina Fitrah Anak anjuran JAWI

Assalamualaikum...

Hari ni kandungan saya genap 9 bulan 1 hari...Alhamdulillah, saya, Ab dan baby sihat...Syukur kehadrat Allah atas segala nikmat yang dikurniakan...Tambah lagi, apabila saya masih lagi bertenaga menghadiri Forum yang bertajuk Membina Fitrah Anak anjuran Brainy Bunch International Islamic Montessori dan JAWI... Antara panel yang hadir ialah Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid, Ustazah Isfadiah (Assalamualaikum, Al-Hijrah) dan Ustaz Mohammad Gunawan (Pegawai Khas Dato' Seri Jamil Khir Baharom)... Banyak ilmu yang diterima selama 4 jam menghadiri forum ini sebagai bekal menyediakan diri untuk menjadi seorang ayah dan ibu... Saya bertambah gembira apabila hadir bersama suami dan rupa-rupanya di akhir majlis kami baru mendapat tahu bahawa majlis ini  boleh dimasukkan sebagai salah satu 7 hari kursus yang kami hadir dalam masa setahun. Alhamdulillah...Akan ada lagi siri ke-2 yang juga dianjurkan oleh JAWI dalam bulan Oktober nanti. Moga2 dipermudahkan Allah untuk hadir lagi...

Photo: Klinik Keluarga "Membina Fitrah Anak" Anjuran Brainy Bunch Bersama Dengan Jabatan Agama Islam WP (JAWI) 28th April 2012

-blog adjourned-