APA KATA HATI HARI INI



Friday, October 28, 2011

Real Steel... terbaik!!!


Real Steel cerita yang hebat. Nak rasa apa...suspens, sedih, sayang, ganas, takut... macam-macam lagilah. Tak rugi kalau tengok, memang best!!!

Hugh Jackman memang best, suka tengok anak dia dalam filem ni, pandai menari dan geniuuuss.

-Blog adjourned-

p/s: gambar daripada google.

Krabi honey2 lagi

Nak sambung cerita lagilah...malam sebelum ke Pulau Phi Phi, kami telah menyewa sebuah motor bagi kegunaan kami di sana. Sewa motor di Ao Nang ni hanya 150 bhat untuk 24 jam iaitu kurang daripada RM15 sehari. Di Ao Nang kami sewa untuk 2 hari. Kedai sewa motor banyak, pilih je...akhirnya kami sewa yg ini...

Taraaa...comel kan. Ni nama dia Scoopyi Honda. Kat Malaysia tak nampak lagi...Boleh dikatakan  80% penduduk di Krabi guna motor dan kereta jenama Honda. Orang kampung pun pakai kereta Honda City tau. Mungkin ini disebabkan oleh ... kilang Honda di sana adalah yang terbesar di Asia Tenggara.

Menunggu giliran untuk ke Pulau Phi Phi.

Berikut adalah pemandangan yang menarik semasa menuju ke Pulau Phi Phi dan sepanjang berada di sana... Subhanallah...MasyaAllah...








Tamatlah cerita perjalanan ketika berada di Pulau Phi Phi. Pulau Phi Phi amat menyeronokkan bagi mereka yg suka berenang di lautan dan yg sukakan snorkeling. Ada macam-macam ikan yang cantik2. Eda, Mun...korang mesti suka. Pulau ni juga amat mendamaikan bagi mereka yg sukakan kedamaian dan pandangan yg indah. 
Sekian untuk cerita di Pantai Ao Nang. Pasal makanan di Ao Nang, tidak perlu risau sebab dengan adanya Scoopyi, senang untuk mendapatkan makanan halal. Belakang sikit dari Pantai Ao Nang, ada kampung orang-orang Muslim yang memang terdapatnya banyak makanan halal. Alhamdulillah ... Esoknya, kami bergerak ke Krabi Town dan checked in hotel baru iaitu Baan Andamaan Bed & Breakfast Resort Spa.

Lampu isyarat di Krabi Town... menarik kan!

Bahagian luar di Baan Andamaan.


Di Krabi Town tiada yang menarik sangat...hanya pasar malam yg menarik perhatian kerana  ramai yg menjual hasil kraftangan. Masyarakat di sana agak susah sehingga ada budak kecil yang masih sekolah sanggup bermain muzik, menari dan melukis (yg mana kita pernah lukis dulu masa kecil guna krayon) untuk mencari nafkah. Yang peliknya, tiada pula yang meminta sedekah. Saya cukup suka dengan hasil tangan wanita di sana iaitu sejambak bunga tangan yg dibuat daripada daun pandan, wangi sangat daun pandan tu dan tahan lama. 


Sepanjang berada di Krabi Town, kami sewa scooter lagi dan jalan2 masuk kampung keluar kampung. Ada masanya jalan-jalan sehingga ke Ao Nang yg mengambil masa hampir 1 jam perjalanan menaiki scooter. Bagi yg ingin membeli cenderamata, terdapat banyak pilihan di pasar malam Krabi Town...juga ada yg murah2 terutamanya t-shirt. Maaf buat Aida, Mie dan Mun tak dapat nak kirimkan cenderamata. Hanya gambar2 yg ada sebagai kenangan.


Bila berada di Krabi, hati kata bersyukur saya sebagai rakyat Malaysia. Saya rakyat Malaysia!!!


-Blog adjourned-



Thursday, October 27, 2011

Krabi honey2 ... 12-17 Oktober 2011


Hai, ketemu lagi dalam post yang baru ni... setelah 4 bulan berkahwin baru saya dan Mr. Siddiq pergi berbulan madu. Kami ke Krabi, Thailand....terima kasih buat Aida, Mun dan Mie yang menaja tiket kapal flight ke Krabi sebagai hadiah perkahwinan. Ni pertama kali kami pergi keluar dari negara Malaysia (walaupun negara sebelah je)...jadi, tempahan hotel dah siap sejak sebelum kahwin lagi. 

Pemandangan dari atas dalam menuju ke Krabi. Mr. Siddiq cakap, semua ni Tanah Melayu. Hingga ke Segenting Kra tu dulu Tanah Melayu. Sayangnya ...

Memandangkan kami ke Krabi agak lama, jadi kami telah menempah 2 buah hotel melalui Agoda.com. Satu All Seasons Beach Resort yang terletak berhadapan dengan Pantai Ao Nang dan satu lagi Baan Andamaan Resort and Spa yang terletak di Krabi Town. Sampai je ke lapangan terbang kami cari teksi dan bergerak ke Pantai Ao Nang. Alhamdulillah, hotel tu cukup cantik dan selesa.

Malam tu kami makan di Jamai Restaurant. Jauh la juga berjalan sepanjang kedai semata-mata mencari makanan yang halal.

Lepas makan malam di Jamai Restaurant, kami jalan lagi untuk cari pakej jalan-jalan esok. Jadi esoknya, dengan harga pakej 800 bhat setiap seorang, kami akan ke hot spring, emerald pool, naik gajah dan pergi Tiger Cave temple. 800 bhat ni lebih kurang RM 75 hingga RM 80. Jangan beli pakej yg dengan hotel tau sebab lagi mahal berganda-ganda.

Ni sedang menuju ke kolam air panas di Krabi (kat Malaysia punya lagi best)

Kolamnya tak adalah besar sangat, tak ramai orang boleh masuk, lebih2 lagi masa peak season.

Kemudian kami ke Emerald Pool. Kolam ni secara semulajadinya terjadi di tengah2 hutan. Dipanggil emerald sebab airnya memang berwarna kehijau-hijauan seperti air laut.

Kolam semulajadi di hadapan pintu masuk laluan ke Emerald Pool.


Berjalan menuju ke Emerald Pool sejauh lebih kurang 2 km.


Jeng, jeng ...akhirnya sampai jugak...cantik kan!



Lepas tu, kami akan naik gajah!!!!!
Antara gajah yg terdapat di situ.



Ni la gajah kami...nama dia Gaga... takut masa mula2 naik pastu seronoknya...


Pemandangan dari atas Gaga...


Berpijak di atas kulit Gaga yang keras.

Pemandangan dari atas Gaga
Mr. Siddiq diberi kuasa pandu Gaga ...


Hari kedua kami ambil pakej ke Phi Phi Island...naik bot laju ke Pulau Phi Phi. Pulau ni adalah salah satu perkampungan  Muslim di Krabi. Seperti pakej sebelum ni, makan tengahari juga disediakan dan tak payah risau sebab halal.

Perjalanan ke Pulau Phi Phi akan saya ceritakan di entri akan datang! Sehingga ketemu lagi.

-Blog adjourned-

Wednesday, October 5, 2011

Mati itu pasti....

Opah meninggal dunia 3 Oktober 2011 yang lalu...
Sayang opah sangat...
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh opah dan semoga opah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman... Permudahkanlah perjalanannya di sana.

-blog adjourned-