APA KATA HATI HARI INI



Friday, October 28, 2011

Krabi honey2 lagi

Nak sambung cerita lagilah...malam sebelum ke Pulau Phi Phi, kami telah menyewa sebuah motor bagi kegunaan kami di sana. Sewa motor di Ao Nang ni hanya 150 bhat untuk 24 jam iaitu kurang daripada RM15 sehari. Di Ao Nang kami sewa untuk 2 hari. Kedai sewa motor banyak, pilih je...akhirnya kami sewa yg ini...

Taraaa...comel kan. Ni nama dia Scoopyi Honda. Kat Malaysia tak nampak lagi...Boleh dikatakan  80% penduduk di Krabi guna motor dan kereta jenama Honda. Orang kampung pun pakai kereta Honda City tau. Mungkin ini disebabkan oleh ... kilang Honda di sana adalah yang terbesar di Asia Tenggara.

Menunggu giliran untuk ke Pulau Phi Phi.

Berikut adalah pemandangan yang menarik semasa menuju ke Pulau Phi Phi dan sepanjang berada di sana... Subhanallah...MasyaAllah...








Tamatlah cerita perjalanan ketika berada di Pulau Phi Phi. Pulau Phi Phi amat menyeronokkan bagi mereka yg suka berenang di lautan dan yg sukakan snorkeling. Ada macam-macam ikan yang cantik2. Eda, Mun...korang mesti suka. Pulau ni juga amat mendamaikan bagi mereka yg sukakan kedamaian dan pandangan yg indah. 
Sekian untuk cerita di Pantai Ao Nang. Pasal makanan di Ao Nang, tidak perlu risau sebab dengan adanya Scoopyi, senang untuk mendapatkan makanan halal. Belakang sikit dari Pantai Ao Nang, ada kampung orang-orang Muslim yang memang terdapatnya banyak makanan halal. Alhamdulillah ... Esoknya, kami bergerak ke Krabi Town dan checked in hotel baru iaitu Baan Andamaan Bed & Breakfast Resort Spa.

Lampu isyarat di Krabi Town... menarik kan!

Bahagian luar di Baan Andamaan.


Di Krabi Town tiada yang menarik sangat...hanya pasar malam yg menarik perhatian kerana  ramai yg menjual hasil kraftangan. Masyarakat di sana agak susah sehingga ada budak kecil yang masih sekolah sanggup bermain muzik, menari dan melukis (yg mana kita pernah lukis dulu masa kecil guna krayon) untuk mencari nafkah. Yang peliknya, tiada pula yang meminta sedekah. Saya cukup suka dengan hasil tangan wanita di sana iaitu sejambak bunga tangan yg dibuat daripada daun pandan, wangi sangat daun pandan tu dan tahan lama. 


Sepanjang berada di Krabi Town, kami sewa scooter lagi dan jalan2 masuk kampung keluar kampung. Ada masanya jalan-jalan sehingga ke Ao Nang yg mengambil masa hampir 1 jam perjalanan menaiki scooter. Bagi yg ingin membeli cenderamata, terdapat banyak pilihan di pasar malam Krabi Town...juga ada yg murah2 terutamanya t-shirt. Maaf buat Aida, Mie dan Mun tak dapat nak kirimkan cenderamata. Hanya gambar2 yg ada sebagai kenangan.


Bila berada di Krabi, hati kata bersyukur saya sebagai rakyat Malaysia. Saya rakyat Malaysia!!!


-Blog adjourned-



No comments:

Post a Comment