APA KATA HATI HARI INI



Wednesday, March 2, 2011

"Bridal shower" di Langkawi

Salam..
Ingin saya pautkan cerita percutian bersama rakan-rakan serumah..
Rakan-rakan serumah ni lah kawan baik saya..susah senang bersama..antaranya;
aida yang pernah hantar saya interview di upm serdang selama 2 hari, mun yang
bersama-sama melarikan diri ke rumah baru waktu itu dan mie yang sama-sama
menempuh kejadian kemalangan di kilometer 23.4 MRR2.

Langkawi adalah percutian terakhir kami setakat ini..sebelum berpindah ke rumah baru,
sebelum aida pulang bekerja di kulim dan sebelum saya mendirikan rumahtangga.
mesti susah sikit nak jumpa lagi lepas ni..macam2 pengalaman dilalui bersama..
Percutian ke Langkawi memang best..sangat2 best..tiket flight dah book sejak
tahun lepas. Tinggal di TM Resort + sewa kereta honda city pusing2 satu Langkawi..
Kami pergi dengan Kak Zura, satu opis ngan aida..yang jugak mak andam masa saya nikah nanti..
Walaupun usaha mencari Shah Rukh Khan gagal, tapi semua tempat kami dah pergi..sebut je..Bandar Kuah, Padang Matsirat, Makam Mahsuri, Oriental Village, Cable Car, jejantas dari puncak gunung
ke puncak gunung tu, Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh, Kilim,
Telaga Ayer Hangat, banyak lagi lah...
shopping apatah lagi..coklat n kain batik memang tak tinggal..baju kemeja santai lelaki
paling murah di Plaza Langkawi, Pekan Kuah..rugi belikan satu je untuk Abah..
Abah suka..Mama suka..adik2 suka..Ab suka..dan harap2 Ayah dan Umi juga suka.

Bercuti ngan korang semua memang best..InsyAllah ada rezeki nanti kita sama-sama
jalan2 lagi..yeay!!!


TM Resort..best tau..kat belakang ada laut lagi

Pemandangan dari jeti tempat kami mulakan pengembaraan meninjau
pulau-pulau di sekeliling Pulau Langkawi

Bergambar di Pantai Beras Basah..best sangat2..yang paling best
pergi bersama-sama rakan-rakan

1 comment:

  1. best best...ntah bile dapat pegi sama2 lagi kan :'(

    ReplyDelete