APA KATA HATI HARI INI



Tuesday, November 2, 2010

Seniman...

Hari ni, mood swing sikit..maybe sebab semalam tengok documentary P. Ramlee
yang menyedihkan..tak sangka seniman yang berbakat besar dan banyak memberi sumbangan
kepada negara, hidup dalam keadaan yang menyedihkan di akhir hayatnya..
Mungkin ada yang mengatakan apalah sumbangan P. Ramlee ni. setakat menyanyi, mengarah
dan buat filem..tapi bagi saya dia banyak memberi sumbangan kepada negara dengan cara
beliau sendiri..memperkenalkan negara, budaya dan musik melayu di luar negara..
cuba tanya diri sendiri apa sumbangan kita kepada negara? seni ni luas..tak semua seni dan hiburan
membawa sesuatu yang tidak baik kepada negara dan diri kita. Semuanya bergantung kepada cara kita
menggunakan seni itu.. sama ada dengan cara yang baik ataupun tidak..Kalau P. Ramlee sumbangannya
memang patut dikenang, memang patut diberi pengiktirafan berbanding dengan sesetengah artis yang diberi
pengiktirafan dan pangkat tanpa kita tahu apalah sumbangannya kepada negara..

Tiada yang sempurna dalam dunia ni..semuanya ada baik dan buruk cumanya sama ada kita
kurangkan yang buruk tu dengan kebaikan yang kita ada itu terserah kepada kita dengan cara kita sendiri...saya sayangkan agama saya, negara, bangsa dan budaya Melayu. Tak semestinya hari ini
kita sentiasa berada di atas dan tak semestinya kita sentiasa di bawah...Bersyukur dengan apa yang
ada..

No comments:

Post a Comment