APA KATA HATI HARI INI



Friday, September 14, 2012

Kelahiran yang dinantikan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan Muhammad Al-Fateh Bin Abdullah Siddiq pada 20.08.2012 yang juga Hari Raya kedua tahun ini jam 1.39 petang 
di Hospital Serdang, Selangor. Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut bersama keluarga belah suami di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Pagi hari raya pertama kami sekeluarga sempat bersolat sunat Hari Raya di Masjid Besi, Putrajaya. Alhamdulillah, sempat saya menjamah ketupat, kuah kacang, masak lodeh daRn lain2 lauk hari raya sejak Ramadhan yang terakhir.

Balik dari solat sunat Hari Raya, saya dan suami mengambil keputusan untuk berehat di rumah (tak berjalan raya) memandangkan hari tersebut adalah genap minggu ke-40 saya hamil. Ahli keluarga yang lain berangkat ke Muar untuk sehari beraya. Jam 5 petang, Ab ajak saya ke KLCC, banyakkan berjalan untuk senang dan cepat bersalin katanya...balik dari KLCC sudah tiba waktu Maghrib...yang ke Muar pun dah sampai rumah. (Pesanan : Hari Raya pertama jangan jalan2 ke KLCC, sesak...ramai Bangla dan Indon).

Jam 11.30 malam, perut dah rasa tak sedap...keluar masuk bilik air. Makin lama sakit perut makin kerap dan pelik, belum pernah lagi saya sakit perut sebegini. Sakit dengan kekerapan 5 minit sekali tu berlarutan sehingga pukul 2 pagi. Sebelum tu Ab dah ajak ke hospital, saya yang degil memandangkan dah 2 kali saya ke hospital sebelum tu, tapi hanya sakit biasa. Akhirnya saya akur ke hospital (sebab dah tak larat dan sakit sangat).

Saya dimasukkan ke wad dengan bukaan 2 cm dan sakit untuk melahirkan dengan kekerapan 5 minit sekali. Ab dah call keluarga kami untuk maklumkan keadaan saya. Lebih kurang jam 4, 5 pagi doktor maklumkan bukaan dah 3cm dan memeranjatkan sebenarnya tiada air ketuban dikesan sedangkan saya tak alami sebarang aliran air ketuban yang pecah. Akhirnya Ab mengingatkan saya yang malam tadi sebenarnya, saya terlalu kerap ke bilik air untuk buang air kecil dengan kandungan air yang banyak...doktor sahkan bahawa air ketuban boleh keluar dengan cara itu.

Kemudian saya dibawa ke bilik bersalin...bukaan 3cm tadi masih lagi boleh dibantu untuk bersalin normal, ketiadaan air ketuban juga masih lagi boleh dibantu untuk bersalin normal...namun, ketika itu, jantung Fateh berdenyut secara tidak normal dan semakin lama semakin perlahan...akhirnya saya terpaksa dibedah.

Jam 1.39 petang, Fateh lahir...saya masih ingat sakit contraction yang saya alami, masih ingat Ab yang sentiasa ada di sisi walaupun ianya tidak dibenarkan oleh nurse, masih ingat denyutan jantung Fateh yang lemah, masih ingat setiap perkataan dan wajah doktor yang membuat pemeriksaan dan memutuskan untuk saya dibedah, saya ingat nurse yang banyak membantu, masih ingat wajah Ab sebelum saya dibawa ke bilik bedah, masih ingat keadaan di bilik bedah, keadaan dan rasa ketika saya menerima suntikan epidural dan yang paling saya ingat dan amat menggembirakan bila mendengar tangisan Fateh yang pertama. Betullah kata orang, kesemua kesakitan tadi hilang bila dengar tangisan bayi kita dan melihat wajahnya buat kali pertama. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

Sayang Ayah dan Ibu, Muhammad Al-Fateh Bin Abdullah Siddiq
Terima kasih Ab kerana sentiasa ada...tak pernah lekang dengan zikrullah, tak pernah lupa ingatkan saya kepada-Nya...saya amat menghargai awak...Terima kasih Mama, Abah, Ummi dan Ayah atas segala pertolongan dan sokongan. Terima kasih Ayot dan Memek kerana sentiasa ada dan sayangkan Fateh...Terima kasih semua ahli keluarga, jiran-jiran dan rakan taulan atas semua sokongan dan hadiah yang dikirimkan.

Sunday, July 29, 2012

Sunan Musafir


Mie dan Mun, dah baca ke Buku Sunan Musafir ni?


Cover

Novel terakhir kronologi Kisah Laksamana Sunan. Akhirnya habis jugak...Best...

-blog adjourned- 

Forum Membina Fitrah Anak anjuran JAWI

Assalamualaikum...

Hari ni kandungan saya genap 9 bulan 1 hari...Alhamdulillah, saya, Ab dan baby sihat...Syukur kehadrat Allah atas segala nikmat yang dikurniakan...Tambah lagi, apabila saya masih lagi bertenaga menghadiri Forum yang bertajuk Membina Fitrah Anak anjuran Brainy Bunch International Islamic Montessori dan JAWI... Antara panel yang hadir ialah Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid, Ustazah Isfadiah (Assalamualaikum, Al-Hijrah) dan Ustaz Mohammad Gunawan (Pegawai Khas Dato' Seri Jamil Khir Baharom)... Banyak ilmu yang diterima selama 4 jam menghadiri forum ini sebagai bekal menyediakan diri untuk menjadi seorang ayah dan ibu... Saya bertambah gembira apabila hadir bersama suami dan rupa-rupanya di akhir majlis kami baru mendapat tahu bahawa majlis ini  boleh dimasukkan sebagai salah satu 7 hari kursus yang kami hadir dalam masa setahun. Alhamdulillah...Akan ada lagi siri ke-2 yang juga dianjurkan oleh JAWI dalam bulan Oktober nanti. Moga2 dipermudahkan Allah untuk hadir lagi...

Photo: Klinik Keluarga "Membina Fitrah Anak" Anjuran Brainy Bunch Bersama Dengan Jabatan Agama Islam WP (JAWI) 28th April 2012

-blog adjourned-

Monday, July 16, 2012

CELIK MOMZ DI JAKIM PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...

Dah lama sangat tak update blog ni...Alhamdulillah saya sekarang dah minggu pregnancy yang ke 36, 8 bulan 3 minggu. Syukur ke hadrat Allah atas kesihatan dan nikmat yang dianugerahkan. 

14 Julai 2012 hari tu, saya dan adik saya Ila menghadiri Seminar yang dianjurkan oleh AsSohwah...CELIK MOMZ. Penceramahnya ialah Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Mesti korang ingat untuk ibu-ibu dan bakal-bakal ibu je kan...sebenarnya ia lebih kepada memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik...hidup hanya untuk mendapat keredhaan-Nya sebagai bekalan di kehidupan selepas tu.

vid-celik-momz

Alhamdulillah banyak ilmu yang diperolehi, tinggal amal atau tidak. Seminar ni mengubah pandangan saya terhadap seseorang dan sesuatu. Dari negatif kepada yang positif... negatif adalah satu feedback dan cermin kepada sifat kita. 

Yang best juga, dapat jumpa kawan-kawan tempat kerja dan Nad, kawan belajar dan kawan serumah masa chambering dulu...dah lama sangat tak jumpa dia...rupanya rumah kami dekat-dekat je...Alhamdulillah. Akan ada lagi seminar Prof. Dr. Muhaya pada bulan Oktober nanti...niat di hati nak ajak mama dan adik2 serta suami. Suami nak join sebenarnya CELIK MOMZ hari tu, tapi dia ada kursus pula. So, kitorang berdua daftar pula untuk join Seminar anjuran Brainy Bunch International School pada 28 Julai nanti...Mudah-mudahan dipermudahkan Allah.

-blog adjourned-

Wednesday, March 14, 2012

Tahniah Ayot!!!

Alhamdulillah telah selesai kenduri perkahwinan adik tersayang, Norazilla Ahmad Kamarudin pada 11.03.2012 yang lalu. Memang penat, tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

Ni pengantin lama ...

Majlis pernikahan di masjid

Ketika majlis malam berinai

Berarak ke pelamin


Sewaktu majlis persandingan yang meriah

Tahniah kepada anda berdua, semoga hidup bahagia di dalam sakinah wa rahmah wa mawaddah hingga akhir hayat...

-blog adjourned-

Thursday, March 1, 2012

Alhamdulillah...


Aida, ada ala-ala abang Nara tak?

Alhamdulillah kandungan kini sudah menjangkau 4 bulan...terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang sudi berkongsi pengalaman...
Gambar di atas diambil ketika berada di Klinik Azhar di Ipoh. Ketika itu, kandungan baru sahaja menjangkau 7 minggu. Kenangan masa tu, saya abadikan dalam memori dan di sini untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Kalau jari masa tu pun dah macam pacat kenyang, inikan pulak sekarang.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah...tiada alahan seperti muntah-muntah yang teruk saya alami. Kalau ada pun, cuma sekali...itupun disebabkan oleh salah makan. Angin dalam badan, itu perkara biasa bagi perempuan hamil...I'm enjoying my maternity life...Ab, terima kasih...
Cuma kena selalu ingatkan diri, setiap kesakitan ada ganjarannya, setiap keluhan mestilah ditukar kepada selawat ke atas Nabi S.A.W...setiap solat mestilah disertai dengan surah Luqman...minggu depan pulak, bermulalah dengan surah Yusuf... mudah-mudahan anak yang dalam kandungan ni baik akhlaknya, bijak akalnya, sabar hatinya, cekal imannya...Amin

Friday, October 28, 2011

Real Steel... terbaik!!!


Real Steel cerita yang hebat. Nak rasa apa...suspens, sedih, sayang, ganas, takut... macam-macam lagilah. Tak rugi kalau tengok, memang best!!!

Hugh Jackman memang best, suka tengok anak dia dalam filem ni, pandai menari dan geniuuuss.

-Blog adjourned-

p/s: gambar daripada google.