APA KATA HATI HARI INI



Thursday, September 29, 2011

Penang honey...Julai lalu

Februari 2011 hari tu, Mr. Siddiq ajak jalan2 pergi Penang. Jalan2 jauh yang pertama lepas kahwin. That was the first time we came to Penang and had a very wonderful journey there. We used Destinasi Bajet programme as our tour guideline. We stayed at Good Hope Inn for 3 days and 2 nights. We went to places as described below and may all of you use it as a reference:

1. Breakfast roti canai at Jalan Argyll

Delicious roti canai that I ever ate.
Dulu kedainya di bawah pokok Ketapang ni.

 

2. Pasar Karat (selling antique items) at Lorong Kulit.

Add caption
3. Went to beautiful Bukit Bendera.

Tiket naik Bukit Bendera
Pameran perkembangan teknologi cable car  di sepanjang jalan masuk naik ke cable car.

                                                  
                                                                    Nak naik cable car
Pagi yang indah
Bunga yang cantik...tapi tak tahu nama bunga apa
Nak balik dah, tengah tunggu cable car.
Buggy yang comel
Turun dah.

                                                        
                                                                        Pintu depan yang bersejarah

4. Breakfast roti canai at Jalan Transfer


5. Ate cendol Teochew at Leboh Keng Kwee


Biasa je rupanya


Itu sahajalah kenangan di Penang...banyak lagilah tempat dah pergi. Sempat jugalah melawat Aida di Kulim...terima kasih eda dan keluarga yang layan kami makan laksa dengan banyaknye.


-blog adjourned- 

Monday, September 26, 2011

Cinta Laksamana Sunan

It has been years for me not to read Malay novels...and of course not to the English too. 
And recently I have been told by my sister that she already has 2 novels which are the sequel of the three (as in the picture which I read them in my 4 years study at UIA). So excited to read them both since so eager to know what will be the ending of the story. They are seems like Lord of the Rings if they have been made into film (hahaha...). Enjoy your reading since I am enjoying myself in reading all of them.
  
  

  ALAF Sutera Bidadari

-blog adjourned-

Friday, September 23, 2011

Bulan 3 tahun depan

Bulan 3 next year, will be ila's wedding and I'm so excited about it. Sekarang suka pulak pergi rewang, gotong royong kenduri. Rasa nak bersanding lagi pun ada...Ila kata dia nak theme turquoise and green, tak pernah
lagi dibuat orang...and that is what so special to see and be there.

Turquoise and green...emm macam mana ye...

       

-Blog adjourned-

Tuesday, September 6, 2011

Mrs. Siddiq

28.5.2011 adalah tarikh nikah saya dan suami...
Majlis persandingan di Tanjong Karang adalah pada 29.5.2011 dan di Ipoh adalah pada 4.6.2011 ...
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik walaupun banyak yg dibuat last minute...
Terima kasih buat saudara mara yang hadir...
Terima kasih kepada rakan-rakan yang datang dari Kulim, Tapah, Putrajaya dan lain2 tempat untuk hadir ke majlis saya ... Nanti bila majlis korang jangan lupa jemput tau...

Ni pelamin di Tanjong Karang. Warna tema purple and pink. Pelamin ni dalam khemah.

Ni pulak semasa majlis selepas membatalkan air sembahyang di rumah.

Yang ni goody bag yang saya berikan kepada saudara-mara dan rakan taulan.


Wedding cake di khemah makan beradab


Yang ni Mr. Siddiq yang design tau

Penunjuk arah ni pun hasil tangan Mr. Siddiq
Hantaran hasil tangan saya buat suami.

Wednesday, April 6, 2011

Sibuk dan ujian Allah ...

Disebabkan kekangan kerja dan fikiran yang tak dapat dielakkan, maka tertangguhkanlah dan terhentilah seketika pembikinan blog ni..
tapi takpe Alhamdulillah semangat tu masih ada...
Sekarang ni apa yang saya nampak, kitaran tidur saya amatlah tidak bagus..
apa yang saya dapat simpulkan, saya kurang mengantuk pada waktu pagi bila saya tidur pada waktu malamnya selepas pukul 12 mlm..
kalau tido pukul 11 ke 10, saya amatlah mengantuk pada waktu pagi..menguap je beratus kali ...plus, penambahan berat badanlah kan...ni lagi satu, masalah, orang yang nak kahwin selalunya turun berat badan, ni makin bertambah pulak...
Persiapan kahwin yang lagi 2 bulan ni, banyak yang tak buat lagi...
inilah ujian Allah..Allah bagi kerja dan tanggungjawab yang banyak untuk menguji hamba-Nya..sama ada ingat kat Dia tak... merungut tak..mengeluh tak...
pandai urus masa ke tak..jaga solat ke tak ...Kesimpulannya, SABAR tu kena ada ... tak tahulah sampai bila boleh bersabar..
harap-harap diberi kesabaran yang tinggi hingga akhir hayat.

-blog adjourned- 
(ke bila? tak tau..)

Wednesday, March 2, 2011

"Bridal shower" di Langkawi

Salam..
Ingin saya pautkan cerita percutian bersama rakan-rakan serumah..
Rakan-rakan serumah ni lah kawan baik saya..susah senang bersama..antaranya;
aida yang pernah hantar saya interview di upm serdang selama 2 hari, mun yang
bersama-sama melarikan diri ke rumah baru waktu itu dan mie yang sama-sama
menempuh kejadian kemalangan di kilometer 23.4 MRR2.

Langkawi adalah percutian terakhir kami setakat ini..sebelum berpindah ke rumah baru,
sebelum aida pulang bekerja di kulim dan sebelum saya mendirikan rumahtangga.
mesti susah sikit nak jumpa lagi lepas ni..macam2 pengalaman dilalui bersama..
Percutian ke Langkawi memang best..sangat2 best..tiket flight dah book sejak
tahun lepas. Tinggal di TM Resort + sewa kereta honda city pusing2 satu Langkawi..
Kami pergi dengan Kak Zura, satu opis ngan aida..yang jugak mak andam masa saya nikah nanti..
Walaupun usaha mencari Shah Rukh Khan gagal, tapi semua tempat kami dah pergi..sebut je..Bandar Kuah, Padang Matsirat, Makam Mahsuri, Oriental Village, Cable Car, jejantas dari puncak gunung
ke puncak gunung tu, Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh, Kilim,
Telaga Ayer Hangat, banyak lagi lah...
shopping apatah lagi..coklat n kain batik memang tak tinggal..baju kemeja santai lelaki
paling murah di Plaza Langkawi, Pekan Kuah..rugi belikan satu je untuk Abah..
Abah suka..Mama suka..adik2 suka..Ab suka..dan harap2 Ayah dan Umi juga suka.

Bercuti ngan korang semua memang best..InsyAllah ada rezeki nanti kita sama-sama
jalan2 lagi..yeay!!!


TM Resort..best tau..kat belakang ada laut lagi

Pemandangan dari jeti tempat kami mulakan pengembaraan meninjau
pulau-pulau di sekeliling Pulau Langkawi

Bergambar di Pantai Beras Basah..best sangat2..yang paling best
pergi bersama-sama rakan-rakan

Tuesday, February 8, 2011

kad jemputan dah tempah..yey!!

Akhirnya..ada la juga perkembangan persiapan menuju ke hari
pernikahan dan persandingan..tempah kad kahwin..
Jenuh mencari kad yang paling murah, dapatla akhirnya di
LH Creative Concept, Jalan Pudu...

Kalau nak diikutkan hati dan impian perkahwinan yang pernah ada sebelum ni,
kad kahwin nak yang keras, tebal, cantek, mahal....tapi bila fikirkan balik dan nasihat
dari majalah pengantin, tak payahla mengeluarkan bajet yang tinggi hanya untuk kad kahwin..
Banyak lagi persiapan lain yang memerlukan jumlah bajet yang tinggi..

Kad berharga RM 0.30 ini jugalah yang menjadi pujaan hati saya n Ab. Alasan Ab untuk
dapatkan kad kahwin murah ialah "alah nanti orang buang jugak". Bagi saya pulak semuanya
sebab bajet yang akan disalurkan ke tempat lain..dan saya nak dapatkan pelamin lebih cantik.

Dengan bajet itu juga, dapatla kad yang murah + kad mahal untuk kenangan.