APA KATA HATI HARI INI



Sunday, January 16, 2011

Post pertama

Post ini adalah post pertama bagi tahun ini. Dah lama tak update blog..Pada asalnya, blog ini dibuka adalah sebagai tanda kenangan dan sebagai checklist menuju ke perkahwinan. Cuma, ada beberapa ketika terlupa nak update ataupun lama-lama rasa tak ada apa ceritapun nak update.

Tarikh akad nikah dah ditetapkan pada 28.5.2011 dan kenduri pada 29.5.2011.. tak cantik pun tarikh tu, tapi nak buat macam mana tu saja lah tarikh yang ada dan free..bukan cantik tarikh yang dituntut tapi keberkatan hari tu lah yang amat-amat diperlukan. Pernah ada orang bagi tau saya, antara occasion yang kita perlu hadir dan berdoa ialah pada majlis akad nikah dan majlis ilmu kerana pada waktu itu, Malaikat-Malaikat akan turun dan berdoa bersama-sama kita.

Untuk persiapan, setakat ni..tak banyak.baru tulis surat tempahan rumah untuk kuaters majlis daerah..harap-harap dapatlah murah sikit.
kad jemputan X
khemah          X
baju               X
pelamin          X
bunga telur     X
hantaran         X

Risau sangat..banyak tak siap, in fact tak buat lagi..sebenarnya nak cakap busy, tapi semua tu alasan..bukan masa yg arrange kita..kita yang arrange masa.. BERUSAHALAH!!!!

1 comment:

  1. ya!!
    berusahalah!!
    moga-moga Allah memberkati dan memudahkan urusan kita, ameen!! =D

    ReplyDelete